jump to navigation

UM honorary degree for VP Jusuf Kalla 24/07/2007

Posted by admin ppi-um in Gossip in campus.
trackback

kalla.jpg

Kuala Lumpur (ANTARA) — Universiti Malaya (UM) will present Indonesian Vice-President Muhammad Jusuf Kalla with an honorary degree at a special convocation on July 21.

UM Vice-Chancellor Rafiah Salim said the award is in recognition of Jusuf`s contribution to the global economy.

“He will become the 148th recipient of honorary degree from Universiti Malaya,” she was quoted by Bernama as telling reporters here Tuesday.

Rafiah also said in conjunction with the special convocation, a Memorandum of Understanding (MoU) between 12 Indonesian universities and UM would be signed aimed at `internationalising` the UM brand. (*)

in bahasa melayu :

   

Pengiktirafan berdasarkan jasa bidang ekonomi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Indonesia, Drs Muhammad Jusuf Kalla, semalam menerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi dari Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta jasa beliau dalam bidang ekonomi.

Pengurniaan Ijazah Kehormat itu diadakan pada Istiadat Konvokesyen Khas di UM di sini, yang turut dihadiri Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Pro-Canselor UM; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Pro-Canselor UM, Toh Puan Datuk Dr Aishah Ong dan Tan Sri Siti Norma Yaakob serta isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketika berucap, Muhammad Jusuf, berkata hubungan antara Malaysia dan Indonesia dalam pelbagai bidang boleh terus dipertingkatkan.

Katanya, dalam bidang tenaga kerja, Indonesia menawarkan tenaga kerja, manakala Malaysia menyediakan peluang pekerjaan.

“Dalam bidang pelaburan, Indonesia terbuka dan Malaysia dapat memanfaatkan dengan baik, kerjasama itu tentulah dengan semangat win-win (menang-menang). Hubungan darah yang kuat akan lebih baik lagi dengan hubungan ekonomi serasi,” katanya.

Beliau juga berkata, kemajuan ekonomi Asean dan hubungan gagasan itu dengan negara Asia lain akan mendorong pertumbuhan ekonomi, kestabilan serta kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, pada majlis santapan Konvokensyen Khas itu dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UM dengan 11 universiti Indonesia, di Petaling Jaya, Muhammad Jusuf berkata, melalui MoU itu kerjasama dalam bidang penyelidikan boleh dilakukan antara UM dengan 11 universiti itu.

Selain penyelidikan dalam pelbagai bidang akademik, katanya, pelajar dan pensyarah boleh berinteraksi termasuk dalam aspek sosiobudaya berikutan kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan.

Sementara itu, Mustapa berkata, pelajar Malaysiayang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan farmasi di Indonesia perlu memilih antara 13 universiti yang diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia.
©The New Straits Times Press (M) Berhad

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: